Sinopsis Rampas Cintaku

Drama ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya.